History

11/11/1980

 

PENUBUHAN

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan bahawa 8 buah masjid akan dibina di estet perumahan HDB. Pembinaan itu akan merupakan pembinaan masjid-masjid tahap kedua MUIS. Bukit Batok termasuk dalam senarai salah satu tempat yang disebutkan.

Estet perumahan Bukit Batok belum lagi terbina pada masa itu. Sungguhpun kawasan undi Bukit Batok luas, meliputi kawasan-kawasan saperti Kampung Cantik Baru, Kampung Ara, Kampung Hindhede Road, Lorong Sesuai, Lorong Camar, Bukit Gombak dan Estet perumahan Hillview Avenue dan sekitarnya, akan tetapi jumlah bilangan penduduknya tidak ramai, iaitu dalam lingkungan 800 keluarga sahaja. Hillview merupakan tempat yang paling ramai didiami oleh keluarga Melayu/Islam berjumlah lebih 350 keluarga. 

 

JAWATANKUASA SEMENTARA

Berita tentang rancangan pembinaan sebuah masjid di Bukit Batok diterima baik oleh masyarakat. Sejurus setelah pengumuman itu dibuat, masyarakat Islam Hillview dan sekitarnya mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa sementara bagi mengerakkan kerja-kerja sehingga jawatankuasa pembinaan masjid terbentuk.   Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh Haji Sukarman Mustaffa, Haji Yusof Ahmad, Haji Roslan Rais, Haji Anwar Mohd Salleh, Haji Isma Yatim Ramli, Haji Binhan Sukur, Haji Mohd Kassim Karsah, Haji Osman Moh, Haji Mohamad Moharam, Haji Pange Kadim, Haji Abdul Aziz Ali, Haji Sumadi Melan, Haji Selamat Samsudin, Johar Anuar, Abdul Ghani Aziz dan Abdul Malik Ahmad.   Jawatankuasa sementara memberitahu masyarakat Islam di Bukit Batok tentang rancangan MUIS untuk membina sebuah masjid di kawasan mereka oleh itu perlu ditubuhkan jawatankuasa pembinaan masjid yang bertanggungjawab untuk mengumpulkan dana perlengkapan masjid.

  Sehubungan dengan perkara itu masyarakat Islam di seluruh Bukit Batok diundang untuk menghadiri satu persidangan pada 24 Mei 1981 di Balai Rakyat Princess Elizabeth Estate untuk memilih jawatankuasa pembinaan masjid tersebut.

SEJARAH MASJID AR-RAUDHAH

 

11 Nov 1980

SEJARAH MASJID AR-RAUDHAH

MUIS Mengumumkan bahawa 8 buah masjid akan dibina dibeberapa estet perumahan HDB termasuk Bukit Batok di bawah tahap kedua rancangan pembinaan Masjid.

 

20 Jan 1981

Pembentukan Jawatankuasa Sementara untuk memberitahu masyarakat berkenaan rancangan pembinaan masjid di Bukit Batok dan pembentukan sebuah Jawatankuasa Pembinaan.

 

14 March 1981

Pertemuan wakil-wakil dari masyarakat Hill View dan sekitarnya dengan para pegawai MUIS untuk membincangkan pembentukan Jawatankuasa Pembinaan.

 

24 May 1981

Jawatankuasa Pembinaan Masjid dibentuk dengan memilih 25 orang anggota. Majlis diadakan di Balai Rakyat Princess Elizabeth Estate dan dihadiri oleh Tuan Mufti, Presiden dan Setiausaha MUIS.

 

24 Aug 1981

Nama “Masjidur-Raudhah atau “Ar-Raudhah” yang bermaksud ‘Taman Di Syurga” diluluskan oleh Mufti Negara Singapura, Syed Isa Bin Mohd Semait.

 

27 –28 Aug 1982

Jualan amal 82 yang diadakan di Sekolah Rendah Princess Elizabeth merupakan projek besar yang pertama dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembinaan dan berjaya mengumpulkan $17,774.21.

 

14 Feb 1982 

JPM diberi tugas mengadakan persidangan melantik Jawatankuasa Haiah Dakwah bagi kawasan Bukit Batok.

 

15 May 1983 

Jogathon Laras 83 dikendalikan oleh LPM Ar-Raudhah dengan kerjasama Masjid Assyakirin, Al-Muttaqin, An-Nur, Al-Ansar, Muhajirin, dan JPM Darul Aman dan Darussalam berjaya mengumpulkan $99,579.00.

 

Tahun 1985

Estet Bukit Batok mula didiami. Jawatankuasa blok/kejiranan ditubuhkan dan wakil-wakil mereka mula duduk di LPM Ar-Raudhah.

 

23 May 1985

 

Tapak masjid telah dipastikan oleh HDB. 

 

16 Nov 1985

JPM Ar-Raudhah hadir di tapak masjid dengan pegawai HDB dan MUIS untuk mendirikan papantanda.

 

15 May 1986

Model bangunan masjid diperkenalkan.

23 Julai 1987

Pengerusi Unit Muslimah, Cikgu Saerah Taris meninggal dunia setelah terlibat dengan trajedi kemalangan.

23 Nov 1987

HDB menawarkan tender untuk pembinaan Masjid Ar-Raudhah.

 

21 Okt 1988

Tender pembinaan masjid dibuka untuk kedua kalinya setelah HDB dan MUIS mendapati tender pertama terlalu tinggi.

 

18 Jun 1989

MUIS dan HDB telah menerima tender ketiga untuk pembinaan Ar-Raudhah. Kos pembinaan ialah $6.2 juta.

 

15 Sept 1989

Kerja-kerja pembinaan masjid dimulakan.

3 Dec 1989 

Upacara menentukan arah kiblat dilakukan oleh Tuan Mufti Negara, Syed Isa Mohd Semait.

 

25 Jan 1992

Masjid dibersihkan.

 

28 Feb 1992

Sembahyang Jumaat yang pertama dimulakan di Masjid Ar-Raudhah.

 

10 Jan 1993

Perasmian pembukaan Masjid Ar-Raudhah.